Monday, 5 December 2011

MAAJUN WARISAN KELUARGA

HARGA 1 BOTOL : RM 15.00
1 BOTOL - 21 BIJI MAKJUN
(MAKAN SELAMA 21 HARI)
PIL PERANCANG KELUARGA

KHASIAT DAN KEGUNAAN :
Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin merancang keluarga (family planning).
Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.
Dapat mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita lepas bersalin.
Dapat memanaskan badan dan menyihatkan badan disamping menambah tenaga setiap hari
Melancarkan peredaran darah setiap bulan.
Menghilangkan kesakitan ketika datang haid (segugut).
Membuang darah-darah kotor dan toksin-toksin di dalam badan.
Menstabilkan hormon wanita.
Dapat memeliharakan sistem peranakan.
Melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan.
Mengurangkan risiko penyakit kanser kerana kandungan yang terdapat di dalam maajun ini adalah 100% dari akar kayu dan tiada langsung penggunaan bahan steriod di mana ia adalah salah satu faktor penyebab kanser.
Dapat menambahkan lagi pengeluaran air susu bagi yang sedang menyusukan bayi.
Melambatkan proses menopous bagi golongan yang berumur.
Merawat segala penyakit sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi.

Komposisi @ Kandungan MWK
* Kacip Fatimah
* Serapat
* Senduduk
* Inai
* Madu
* Manjakani
* Habbatus Sauda/jintan hitam

Kacip fatimah 

Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. 

Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.

Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir

Serapat
Meningkatkan hormon estrogen
Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (kemutan)
Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
Memperkemaskan saluran peranakan
Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
Memperbetulkan perjalanan haid
Melegakan senggugut dan medu
Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
Mencantikkan payudara dari dalaman tubuh

Senduduk
Mempunyai nilai perubatan yang tinggi
Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama

Inai
Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)
Untuk menghentikan pendarahan.
Untuk luka bersalin dan pembedahan
Dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin

Madu
Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
Menghentikan batuk dengan cepat
Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
Menghentikan kesakitan sendi
Baik untuk sistem pernafasan
Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
Membunuh kuman dan virus didalam darah
Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
Meningkatkan prestasi mental
Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

Manjakani
Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
Dapat mengurangkan lelehan mukus
Membantu menstabilkan hormon
Melancarkan darah dan memberi tenaga
Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Dapat menghilangkan jerawat
Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut

Habbatus sauda/jintan hitam
Menguatkan sistem kekebalan tubuh
Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
Meningkatkan bioaktivitas hormon
Menetralkan racun dalam tubuh,
Mengatasi gangguan tidur dan stress,
Anti histamin/anti alergi
Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
Melancarkan air susu ibu
Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
Anti tumor
Nutrisi bagi manusia
Anti oksidan
Anti infektif dan broncodialating
Konsep & Tindakbalas
Dari segi saintifiknya bagaimana MWK boleh bertindak sebagai family planning........
1) Apabila kita makan MWK ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnant adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabtu lah MWK hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.

Apabila anda mengambil MWK, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MWK akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan :
Bahagian Peranakan:
Ia akan mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MWK buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).

Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.
Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.
Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MWK sedang merawat peranakan anda.

Memecahkan lemak / Kolestrol /toksin

Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MWK. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MWK sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MWK adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut
.
 
Aturan makan:
Sekiranya ambil maajun ini untuk merancang keluarga, kandungan rempah ratus yang terdapat di dalam maajun ini bertindak melumpuhkan dan mematikan perjalanan sperma di dalam rahim seseorang itu semasa ia makan maajun ini mengikut syarat-syarat makan yang di tetapkan.
Bagi merawat masalah dalaman wanita pula, kandungan akar-akar kayu dan rempah ratus ini merawat sistem peranakan melalui penyikiran bahan-bahan toksin dan darah-darah kotor melalui pembuangan air kecil, haid dan pembuangan air besar.
Kandungan akar kayu ini bertindak memanaskan badan dan menyihatkan badan jadi penyakit sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi dapat di rawat dengan berkesan dan badan menjadi kuat.

1. Dinasihatkan supaya dilakukan ujian air kencing kehamilan untuk memastikan yang anda benar-benar tidak hamil.

2. Cara pengambilan bagi kali pertama adalah perlu diambil pada hari ketiga datang haid.

3. Makan 1 biji sehari sahaja bersama air suam. Makan selama 21 hari sahaja. Apabila telah habis 21 biji rehat 7 hari dan sambung makan botol ke 2 pada hari ke 8. Tanpa tunggu haid datang terus makan pada hari ke 8. Begitulah seterusnya..

Contoh: sekiranya ubat habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari
ahad depan

4. Bagi ibu-ibu lepas bersalin disyorkan ambil pada hari ke 43 dalam berpantang.

5. Sekiranya anda terlupa makan pada malam hari, bila tiba waktu pagi esok terus makan 1 biji sahaja dan pada malam hari yang sama makan pula 1 biji. Jangan makan 2 biji sekali kerana ia akan menyebabkan panas badan.

6. Adalah dinasihatkan makan dengan teratur untuk mendapat kesannya.

7. Apabila mengambil maajun ini segala ubatan tradisional yang lain adalah tidak digalakkan kerana kandungan yang terdapat di dalam maajun ini sudah cukup untuk kesihatan badan dan sekiranya mengambil akar-akar kayu dari produk yang lain di khuatiri akan berlawanan dengan khasiat yang sedia ada, jadi mungkin akan memudaratkan kesihatan. Keadaan ini akan menyebabkan badan seseorang akan menjadi terlalu panas dan kering sehingga mengganggu kesihatan.

8. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin dan mengalami masalah seperti keputihan dan kegatalan yang teruk adalah di nasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7 hari bagi merawat masalah yang di alami. Setelah itu berhenti dan ambil pula di bulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga masalah yang di alami itu hilang.

9. Peringatan penting: tidak boleh sama sekali makan maajun ini bersama pil perancang.

Lain-lain Kegunaan Maajun
1. Ikhtiar untuk dapat anak.
Bagaimana caranya?
Biasanya orang yang susah dapat anak mengalami masalah haid tidak teratur dan
segugut yang teruk.Ini terjadi adalah di sebabkan oleh salur peranakan (tiub fallopio) menjadi sempit akibat terdapat dicharge, toksin dan clot darah haid yang keluar tidak habis semasa kitaran haid terjadi melekat di dinding salur peranakan.Akibat dari penyempitan ini, sperma tidak dapat pergi ke ovari untuk di senyawakan.
Dengan mengambil maajun, bertujuan untuk memecahkan toksin, discharge dan darah yang melekat di dinding rahim menyebabkan salur peranakan menjadi luas dan sperma dapat berenang ke ovari mencari ovum (telur) untuk di senyawakan.
Berapa botol perlu di ambil?
Sehinga haid menjadi normal. Ini bergantung ke atas individu sendiri.

2. Melambatkan proses monopaus di usia muda
Bagaimana caranya?
Maajun membuang segala toksin dan darah yang melekat di dinding rahim, ini
membuatkan perjalanan haid menjadi lancar dan tidak tersumbat. Proses ini menjadikan kitar haid tidak terhenti di usia yang muda.


Tindakbalas Di awal Pengunaannya...
1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluran haid yang banyak, proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu

2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pinggang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir terusakan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga

3. Sekiranya anda berasa panas badan adalah di galakkan supaya meminun air masak lebih untuk mengurangkan kepanasan badan.


Peringatan
Utk mengambil MWK bagi merancang keluarga, MWK hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja. Oleh itu berhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 jam, jika syarat ini tidak dipatuhi ianya kurang berkesan utk dijadikan family planning.

Jika sedang makan MWK didatangi period, jangan berhenti, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 7 hari sebelum sambung semula botol seterusnya.

Jika puan2 mematuhi aturan makan ini, insyaallah ianya dapat membantu sebagai kaedah family planning yang berkesan.. selamat mencuba. sekian
**di awal pengambilan MWK ni tidak boleh campur makan dengan ubat/produk berasaskan herba.. dikhuatiri akan menjejaskan kesan MWK. 


PERLU TAHU : WAKTU SUBUR WANITA??
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur.
Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.